MENU

 

 

NOTIS SEBUTHARGA

 

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut:-

 

No. Sebutharga        :           SH(M)01/2020

 

Tajuk Sebutharga    : PERKHIDMATAN MENGUKUR, MENJAHIT,MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN  UNTUK KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TAMPIN

 

Syarat Pendaftaran             :           Kod Bidang:-

020801, 020802, 020804, 020899

 

Tarikh Buka              :   16 Januari 2020 (Khamis)

 

Tarikh Tutup             :   22 Januari 2020 (Rabu)

 

Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Tampin.

 

Dokumen Sokongan Tawaran Sebutharga (hardcopy) iaitu Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang telah lengkap diisi perlu dimasukkan dalam dua (2) sampul surat yang berasingan dan kedua-dua sampul surat berkenaan hendaklah dimasukkan dalam satu sampul surat yang lebih besar dan catatkan Tajuk Sebutharga dan Nombor Sebutharga serta dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut:-

           

YANG DIPERTUA  

MAJLIS DAERAH TAMPIN

73000 TAMPIN

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 22 Januari 2020 (Rabu).

 

Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Majlis Daerah Tampin tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan sebutharga boleh hubungi Encik Hj.Othman bin Manhart di talian tel. 06-4411601.

Tender Ref: 
SH(M)01/2020
Tender Closing Date: 
Rabu, 22 Januari 2020