Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Tampin mempunyai peranan yang penting bagi memaju dan membangunkan kawasan pentadbirannya antaranya:
Menyediakan dan menyelenggara infrastruktur asas yang memuaskan dalam kawasan Majlis Daerah Tampin.
Merancang, mengawal dan melulus semua projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh pihak swasta.
Menyelenggara bangunan-bangunan termasuk kemudahan sukan, rekreasi dan taman.
Memproses semua pelan-pelan bangunan yang dikemukakan berdasarkan undang-undang yang diterima pakai oleh Majlis Daerah Tampin.
Memberikan perkhidmatan kesihatan, kebersihan bandar dan alam sekitar untuk keselesaan hidup.
Menilai pegangan atau harta-harta yang terdapat dalam kawasan Majlis bagi menentukan cukai taksiran.
Menjalankan penguatkuasaan terhadap berbagai kesalahan berpandukan kepada undang-undang kecil dan akta yang digunapakai.
Paparan : 946
Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 April 2011