TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TAMAN REKREASI TAMPIN

Kedudukan lokasi taman ini begitu strategik iaitu terletak berdekatan dengan Hospital Daerah Tampin, Rumah Rehat Tampin dan juga Kompleks Sukan Tampin. Keluasan kawasan Taman Rekreasi Tampin ini keseluruhannya berjumlah 9 ekar dimana 0.8 ekar adalah kawasan tasik sedia ada.Selain kehijauan alam semulajadinya, taman rekreasi ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti alat permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan trek berjoging yang panjang. Kedudukannya yang strategik memberi peluang kepada orang ramai untuk mengunjunginya sambil beristirehat bersama keluarga. 

LAY BY TAMPIN 

 

Lay By Tampin merupakan kawasan hentian berkonsepkan Rawat Dan Rehat (R & R). Terletak di pintu masuk utama ke daerah ini daripada utara semestinya lokasi yang strategik bagi membolehkan anda berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah gerai makanan, surau dan taman permainan kanak-kanak.

RUMAH REHAT TAMPIN

Rumah Rehat Tampin terletak kurang 1 kilometer dari Pusat Bandar Tampin iaitu di Jalan Tampin – Seremban. Terletak di jalan utama Tampin - Seremban dan bersebelahan Taman Rekreasi Tampin. Ia merupakan lokasi yang mudah dikunjungi. Kemudahan yang terdapat di Rumah Rehat Tampin pada masa ini ialah restoran makanan, lounge, karaoke, 2 bilik mesyuarat dan 18 buah bilik penginapan.


Untuk Pertanyaan Sila Hubungi :-

TAMPIN REST HOUSE
Jalan Seremban,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-4413862
Fax: 06-4413863

     
Muka Surat: 1  2