Saiz Tulisan: [A-] [A] [A+]    Skema Warna   :   tema asal tema biru tema hitam tema coklat   Tema   :   background 1 background 2 background 3   Bantuan OKU:   Bantuan untuk OKU
 Daftar Daftar |
RSS JPA RSS MDTAMPIN
     
 
      Pemansuhan Laporan Polis
 
 
 
Q1
Apakah Laporan Polis
A1
Merujuk kepada apa-apa aduan, tohmahan atau maklumat sesuatu kejadian atau keadaan sama ada melibatkan kesalahan jenayah atau sebaliknya kepada pihak polis.
 
 
Q2
Apakah Agensi Kerajaan
A2
Semua organisasi yang dibentuk oleh pihak kerajaan seperti agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri.
 
 
Q3
Latar Belakang
A3
Terdapat agensi Kerajaan yang mensyaratkan orang awam membuat laporan polis dan mengemukakannya sebagai dokumen sokongan. Contohnya seperti laporan polis diperlukan bagi penggantian sijil kelahiran yang hilang. Pada tahun 2010, sebanyak 40% laporan polis yang dibuat termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-lain Agensi' (RLA). Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan laporan yang dibuat tidak memerlukan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di pihak PDRM, ini menyebabkan tambahan beban kerja kepada mereka.
 
 
 
Q4
Urusan yang Tiada Kehendak Undang-Undang Supaya Laporan Polis Dikemukakan
A4
Penggantian kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran oleh Jabatan Pendaftaran Negara;
 
Penggantian kehilangan dan kerosakan pasport Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia;
 
Penggantian kehilangan dan kerosakan sijil perkahwinan oleh Jabatan Pendaftaran Negara ataupun surat nikah oleh Jabatan Agama;
 
Penggantian kehilangan dan kerosakan sijil-sijil akademik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia;
 
Penggantian kehilangan dan kerosakan perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan;
 
Penggantian kehilangan dan kerosakan geran tanah oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     
Bookmark and Share
Paparan : 209
Tarikh Akhir Dikemaskini : 22 Disember 2011