Saiz Tulisan: [A+] [A] [A-] Warna Tulisan: Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau Tema   :   background 1 background 2 background 3 Suara: suara Bantuan OKU:   Bantuan untuk OKU
 Daftar Daftar |
Set Semula

Portal Rasmi Majlis Daerah Tampin

RSS JPA JPA RSS MDTAMPIN RSS Feed
     
 
           PERUTUSAN YDP 
 
 
 
Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin
 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Saya mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Tampin (MDTampin). Saya amat berharap laman web ini akan dapat membantu semua pelanggan-pelanggan MDTampin terutamanya dalam memperolehi informasi dan maklumat yang diperlukan.

Bersesuaian dengan saranan pihak MAMPU serta penekanan kerajaan terhadap kepentingan dan kepesatan teknologi maklumat ( ICT ) , MDTampin tidak mahu ketinggalan dalam mempermudahkan penyebaran maklumat-maklumat jabatan kepada para pelanggan. Kami berharap agar laman web ini tidak menjadi satu barang pameran sahaja sebaliknya ia digunakan sebagai satu sumber maklumat yang praktikal dan berguna kepada masyarakat serta mempermudahkan lagi pelanggan berurusan dengan MDTampin.

Kepada para pelabur-pelabur, ahli perniagaan dan orang ramai, laman web kami bukan sahaja memberi garis panduan bagaimana hendak berurusan dengan MDTampin, tetapi juga turut membantu membekalkan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan terutama perkhidmatan diatas talian atau ‘online’. Akhir sekali saya amat mengalu-alukan anda semua melawat laman web MDTampin. Sila hubungi jabatan kami jika memerlukan apa-apa bantuan. Pegawai dan kakitangan kami sedia membantu anda setiap masa.

Sekian Terima kasih.
 

Tuan Hj. Razali Bin Bakar
Yang DiPertua
Majlis Daerah Tampin
     

 

Bookmark and Share
Paparan : 1964
Tarikh Akhir Dikemaskini : 27 Mei 2011