Saiz Tulisan: [A+] [A] [A-] Warna Tulisan: Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau Tema   :   background 1 background 2 background 3 Suara: suara Bantuan OKU:   Bantuan untuk OKU
 Daftar Daftar |
Set Semula

Portal Rasmi Majlis Daerah Tampin

RSS JPA JPA RSS MDTAMPIN RSS Feed
     
 
           REKREASI

 

DATARAN TAMPIN

 

 

Dataran ini terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Tampin dan menjadi salah sebuah lokasi tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti riadah pada hari biasa dan hujung minggu. Antara kemudahan yang ada ialah taman permainan kanak-kanak yang serba lengkap, trek berjogging, alatan senaman, objek-objek mercu tanda yang menarik dan pentas terbuka.

 

GUNUNG TAMPIN

Gunung Tampin merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa (dari segi geografi). Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Walaubagaimana pun, kolam-kolam ini akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi memberikan keselesaan dan kepuasan serta imej yang lebih baik dengan konsep yang lebih moden. Laluan sedia ada ke puncak gunung dengan jarak kira-kira 5 km ini juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu.

 

 

LAY BY TAMPIN 

 

Lay By Tampin merupakan kawasan hentian berkonsepkan Rawat Dan Rehat (R & R). Terletak di pintu masuk utama ke daerah ini daripada utara semestinya lokasi yang strategik bagi membolehkan anda berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah gerai makanan, surau dan taman permainan kanak-kanak.

 

     

 

Bookmark and Share
Paparan : 515
Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 April 2011