MENU

LOGO MDT

logo rasmi mdt

Keseluruhan logo melambangkan fungsi Majlis Daerah Tampin yang digabungkan melalui elemen-elemen rekabentuk yang tersendiri. Identiti "Rumah Minangkabau" diperlihatkan dan dipermudahkan rekabentuk kenegeriannya.

 Rekabentuk

  1. Garisan merah bertingkat dibawah logo ini melambangkan fungsi Majlis Daerah Tampin dalam penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur asas.
  2. Menara utama bangunan Minangkabau di tengah melambangkan fungsi Majlis Daerah Tampin dalam merancang, mengawal dan meluluskan semua projek pembangunan swasta.
  3. Menara sokongan di kiri dan kanan disamping bulatan besar di belakang logo ini melambangkan fungsi Majlis Daerah Tampin dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan termasuk kemudahan rekreasi, sukan dan taman.
  4. Pecahan struktur pada bahagian depan menara utama di tengah melambangkan fungsi Majlis Daerah Tampin dalam memproses semua pelan-pelan pembangunan yang dikemukakan.
  5. Anak-anak pokok hijau di sudut kiri dan kanan disamping beberapa bulatan kecil di tengah logo ini melambangkan fungsi Majlis Daerah Tampin dalam memberi perkhidmatan kesihatan, kebersihan dan juga penjagaan alam sekitar.
  6. Simbol buku bertindih dan simbol roda kejuruteraan (jentera) merah di tengah logo ini melambangkan fungsi Majlis Daerah Tampin dalam menilai pegangan harta dalam kawasan pentadbiran dan juga fungsi Majlis Daerah Tampin dalam menjalankan penguatkuasaannya.

Warna

Warna yang digunakan adalah hijau, biru, kuning, putih dan merah. Komposisi warna yang digunakan memperlihatkan keharmonian usaha Majlis Daerah Tampin dalam bidang penguatkuasaan yang diamanahkan disamping kesuburan alam sekitar, aktiviti, tegas dan beramanah serta berkomitmen tinggi didalam  melaksanakan tanggungjawab di bawah kawalannya.