MENU

CUKAI TAKSIRAN AM (CTA)

Apakah itu Cukai Taksiran Am?

Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti : Bangunan Kediaman Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang) Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang) Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Tampin. .

Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran perlu dijelaskan?

Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :- 1/2 tahun pertama - 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun. 1/2 tahun kedua - 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun
 

Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Tidak Menerima Bil /Notis ?

Anda Dikehendaki Datang Sendiri Ke Kaunter Bayaran di Pejabat MDTCukai Taksiran, Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta:- Pejabat Majlis Daerah Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan. Bawa bersama MyKad atau Bil/Notis lama atau No. Akaun (jika ada) atau No. lot/rumah dan kedudukan harta.

Apakah Bentuk Kemudahan Bayaran Yang Disediakan?

1. Bayaran Melalui Kaunter MDT di pejabat utama dan cawangan di Gemas.
2. Bayaran Melalui Money Order / Post Order atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin.
3. Bayaran Melalui Kaunter Bank Islam seluruh negara.
4. Bayaran Melalui Arahan Bayaran Bulanan Cukai Taksiran Am (Potongan Gaji) Bayaran Ansur Bulanan ( Atas Pertimbangan)
5. Pembayaran Dalam Talian / Online melalui JomPay online di Perbankan Internet dan telefon mudah alih dengan akaun semasa, simpanan dan kad kredit.
Biller Code : 67413
Ref 1 : T-040000120-00 (No. akaun cukai)
Ref 2 : No. Telefon Bimbit

Jika Masih Gagal ?

Waran Tahanan akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan Pegawai MDT yang diberi kuasa:- - Merampas (mensita) harta alih yang ada didalam bangunan. - Menutup bangunan daripada menjalankan operasinya (seksyen 148). - Melelong bangunan/tanah melalui pendaftar Mahkamah Tinggi (seksyen 151). Bayaran waran tahanan sebanyak 10% juga dikenakan. Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MDT bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut :- - Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut. - Kelulusan pelan susunatur - Kelulusan pelan bangunan - Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Menuntut tunggakan melalui peguam MDT juga mengambil tindakan melalui peguam untuk memungut cukai taksiran am. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam kepada pemilik harta.

Apakah Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Pihak MDT Sekiranya Bayaran Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh Yang Telah Ditetapkan?

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti :- Notis Borang E akan dikeluarkan kepada anda. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda/bayaran lewat dikenakan kepada baki terakhir tunggakan -Seksyen 147 (I) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Jadual Denda Adalah Mengikut Jadual Dibawah:- Jumlah Tunggakan Denda Lewat RM 100.00 ke bawah RM 101.00 - RM 200.00 RM 201.00 - RM 300.00 RM 301.00 - RM 400.00 RM 401.00 – RM500.00 RM 3.00 RM 4.00 RM 6.00 RM 8.00 RM10.00 Selepas itu bagi setiap RM100.00 atau sebahagian daripadanya ialah RM3.00

Bilakah Bil/Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?

Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada Januari - 1/2 tahun pertama Julai - 1/2 tahun kedua -Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada Mac - 1/2 tahun pertama September - 1/2 tahun kedua