Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 , hasil daripada penyusunan semula melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 . Dahulu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949.94 hektar. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan: - Bandar Tampin Kawasan pentadbiran ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:- i. Kawasan Operasi seluas 14.50 batu persegi atau 3,755.47 hektar Kawasan-kawasan ini meliputi 14.75 peratus daripada keluasan Daerah Tampin.
- Pekan Gemencheh
- Gemencheh Lama
- Gemencheh Baru
- Batang Melaka
- Air Kuning Selatan
- Gedok
- Gemas
ii. Kawasan Luar Operasi atau Kawasan Kawalan seluas 23.25 batu persegi atau 6,021.73 hektar
iii. Kawasan Sepanjang Jalan seluas 12.25 batu persegi atau 3,172.74 hektar