Satu Lawatan Kerja Majlis Daerah Tampin (MDT) ke Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Delegasi seramai 6 orang ini diketuai oleh Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua MDT. Delegasi disambut baik oleh YBhg. Datuk TPr Saifuddin bin Abdul Karim, Yang Dipertua MPAG dan lawatan ini bertujuan bagi berkongsi pendapat berkenaan Pembangunan Bersempadan Bandar Tampin dan Alor Gajah.
Majlis Daerah Tampin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua MPAG atas kelapangan dan perbincangan tersebut.
Diharapkan perbincangan yang diadakan ini dapat direalisasikan dengan berkesan dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik, di samping membuka peluang kepada perkongsian idea antara Majlis Daerah Tampin (MDT) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).


