30 Jan 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Shariff bin Ibrahim, Penolong Jurutera Gred JA5, atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan dari 01 Disember 1995 hingga 31 Januari 2026 di Majlis Daerah Tampin.
Seluruh warga kerja MDTampin merakamkan ucapan Selamat Bersara dan mendoakan agar En. Mohd Shariff dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kesejahteraan berpanjangan dalam menjalani fasa kehidupan yang baharu.


