MENU

Perpustakaan Tun Razak ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan perpustakaan kepada kanak-kanak dan orang dewasa khususnya kepada penduduk Bandaraya Ipoh. Ia juga merupakan pusat rujukan untuk segala aspek yang berhubung dengan sejarah, politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Perpustakaan ini juga turut menawarkan aktiviti-aktiviti tambahan, aktiviti sampingan untuk kanak-kanak, panduan kerjaya, perkhidmatan komputer, ceramah-ceramah dan perkhidmatan audio-visual.