MENU

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon , Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak-anak kelahiran Negeri Sembilan Darul Khusus) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

  1. JAWATAN

 

 

BIL

 

JAWATAN

 

GRED

 

SKIM PERKHIDMATAN

 

TARAF JAWATAN

JADUAL GAJI

MINIMUM (RM)

MAKSIMUM
(RM)

1.

Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa

JA29

Kejuruteraan

Tetap

1,549.00

5,701.00

2.

Pembantu Penguatkuasa

KP19

Keselamatan Dan Pertahanan Awam

Tetap

1,360.00

4,052.00

3.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/

Operasi)

 

N19

Pembantu Tadbir (Perkeranian/

Operasi)

Tetap/ Kontrak

1,352.00

4,003.00

4.

Pembantu Akauntan

 

W19

Kewangan

Kontrak

1,353.00

4,005.00

5.

Pembantu Penilaian

 

W19

Kewangan

Tetap

1,353.00

4,005.00

 

 

CARA-CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Tampin (Jabatan Khidmat Pengurusan, Bahagian Pentadbiran Dan Perkhidmatan)

 

  1. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan
  1.   Salinan MyKad;
  2.   Salinan Sijil lahir
  3.   Gambar berukuran pasport (diletakkan di muka hadapan borang);
  4.   Salinan sijil-sijil keputusan  bagi kelayakan yang disyaratkan
  5. Semua salinan PERLU disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengerusi JKKK/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah/ Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai cop rasmi jawatan.
  6. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.
  7. Kepada mereka yang aktif dalam bidang sukan digalakkan memohon.
  8. Hanya jawatan  Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19  akan dipanggil untuk  menduduki ujian fizikal sebelum dipanggil untuk ditemuduga.

 

  1. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
  1. tidak disertakan dokumen yang diperlukan.
  2. tidak lengkap atau tidak terang.
  3. tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.
  4. tidak ditandatangani.
  5. tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.
  6. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup

 

  1. Tarikh Permohonan Dibuka         :  4 Oktober 2018 (Khamis )

 

  1. Tarikh  Permohonan Ditutup        :   19 Oktober 2018 (Jumaat)           

 

  1. Alamat Permohonan

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH TAMPIN,

73000 TAMPIN,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.                       

     

  1. Catatan Am:
  1. Hanya calon yang berkelayakan  selepas tapisan/ senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan / atau temuduga;
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan  dari tarikh tutup  permohonan adalan dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tampin;
  3. Pentadbiran  Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala      perbelanjaan berkaitan dengan temuduga/ ujian fizikal  dan segala keputusan  yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.