MENU

 


e-Maklumbalas  N9 Zon Wifi  Forum  Mobile Web Facebook MDT QR CodeWebmail RSS MDT


 

Q7
Apakah faedah dan manfaat yang akan dinikmati dengan 1NS Wireless City?  
A7
Dengan pelaksanaan 1NS Wireless City: 
 
Dapat meningkatkan imej Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang menyediakan infrastruktur jalur lebar wayarles secara menyeluruh (seamless) ke arah merealisasikan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI).
 
Memperluaskan penggunaan ICT berasaskan jalur lebar dan Internet lantas merangsang pembangunan industri negeri.
 
Memperkukuh perkhidmatan Kerajaan Negeri ke arah meningkatkan mutu kerja dan produktiviti jabatan Kerajaan Negeri.
 
Tersedianya sambungan jalur lebar pada bila-bila masa di lokasi berkenaan menjadi daya tarikan untuk orang ramai, usahawan dan perusahaan serta pelancong-pelancong ke Negeri Sembilan.
 
Membolehkan rakyat Negeri Sembilan berkomunikasi sesama mereka walau di mana mereka berada.
 
Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk turut menikmati faedah penggunaan jalur lebar, justeru merapatkan jurang digital di Negeri Sembilan.
 
Memperkaya kehidupan rakyat Negeri Sembilan dengan penggunaan aplikasi jalur lebar sebagai sebahagian gaya hidup.
 
 
 
Q8
Adakah projek ini akan meningkatkan kadar penembusan Internet di Negeri Sembilan?
A8
Ya, pelaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan kadar penembusan Internet di Negeri Sembilan di mana ianya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan turut menikmati perkhidmatan Internet secara percuma menggunakan jalur lebar tanpa wayar.