Tampin merupakan sebuah Daerah yang terletak di Negeri Sembilan. Daerah ini bersempadan dengan negeri Melaka (Daerah Alor Gajah) di sebelah utara dan bersempadan dengan negeri Johor (Daerah Segamat) di selatan. Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980, hasil daripada penyusunan semula melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 . Dahulu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949.94 hektar. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan Bandar Tampin, Pekan Gemencheh, Gemencheh Lama , Gemencheh Baru, Batang Melaka, Air Kuning Selatan,Gedok, Pasir Besar dan Gemas.
Seluruh warga kerja Majlis Daerah Tampin mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada Tuan Razali Bin Bakar diatas perlantikan beliau sebagai Yang Dipertua MDT yang baru
Para pelanggan yang dihormati, dimaklumkan bahawa mulai 1hb. Februari 2010 semua petak letak kereta di sekitar Giant Supermarket Tampin akan dikenakan bayaran RM0.40 sejam