MENU

Bagi mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan bandar, Majlis Daerah Tampin kini telah diamanatkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 bagi tempoh 2006-2010 untuk bertindak dengan kadar segera bagi mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan bandar Tampin. Majlis Daerah Tampin buat masa sekarang sedang giat melaksanakan perintah ini dengan memantau semua penduduk di kawasan Daerah Tampin yang mana harus diletakkan di bawah tahap kehidupan miskin.

Penduduk yang di bawah tahap kemiskinan kini boleh mendapatkan borang Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Pejabat Majlis Daerah Tampin atau muat-turun borang tersebut di laman web ini. Borang yang telah dihantar akan diproses dan disemak oleh pegawai yang berkaitan dan lawatan akan dilakukan oleh pegawai tersebut.

Golongan Sasar

  • Golongan sasar PPKB adalah keluarga miskin yang mempunyai pendapatan isi rumah (household income) kurang dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan mengikut negeri seperti di lampiran B.
  • Hanya melibatkan keluarga miskin yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja.
  • Maklumat lanjut mengenai Program Pembasmian Kemiskinan Bandar boleh didapati dengan melayari laman web http://www.kpkt.gov.my atau hubungi:
En. Othman bin Manhart Tengku Fazdy bin Ku Mohd Fozi
Pej: 06-4414363 Pej: 06-4413926
Tel. Bimbit: 019-6241133 Tel. Bimbit: 019-6438102