MENU

Majlis Daerah Tampin (MDT) meraih tempat ketiga sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak. Hadiah diperolehi bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Daerah) setelah Tandas Awam Tampin Square dilihat antara contoh tandas awam terbaik berdasarkan rekabentuk yang mesra pengguna, bersih dan mesra alam. MDT akan melipat gandakan usaha bagi memastikan semua tandas awam dibawah seliaan dijaga sebaik mungkin menepati usaha kerajaan "Tandas Bersih, Komuniti Sihat".