MENU

Seremban, 02 November 2022 (Rabu) - Pagi ini Menteri Besar Negeri Sembilan telah berkesempatan melawat Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM), sebuah pusat kawalan bencana buat seluruh Negeri Sembilan.

NeSCOM merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan gerak kerja pemantauan serta koordinasi tindakan dilaksanakan dengan rapi sebelum, semasa dan selepas bencana berlaku. NeSCOM juga dapat memeberi maklumat daripada serata negeri seperti paras air sungai, peta cuaca semasa, keadaan cerun dan pusat-pusat pemindahan semuanya disalurkan secara langsung kepada NeSCOM.

Selain itu, bagi memastikan NeSCOM mampu berfungsi dengan lebih efisien, beberapa penambahbaikan masih lagi dijalankan untuk meningkatkan parameter yang boleh dipantau daripada pusat tersebut. Dengan adanya NeSCOM gerak kerja sewaktu berlakunya bencana dapat diselaraskan dengan lebih baik dan seterusnya memastikan bantuan tiba kepada pihak yang memerlukan dengan kadar segera.

Sumber : Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan SUKNS