MENU

Kira-kira 2,000 penduduk pelbagai kaum telah memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin pada 03.01.2020.  Terdapat 10 khemah makanan yang terdiri daripada satay,cendol,mee goreng, aiskrim yang menjadi menu utama. 

Kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama exco-exco disambut dengan Tarian Singa daripada pelajar SMK Pulau Sebang . Majlis juga diserikan dengan pelbagai persembahan seperti Gendang 24 musim, Persembahan Instrumental dari Band MDTampin,Persembahan Kebudayaan dari SJKC Chung Hua,SJKC Pay Chee dan Kebudayaan India dari Uniq Arts Academy.