MENU

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut:-
 

No. Sebutharga        :           SH(W)03/2017

Tajuk Sebutharga     :          PERKHIDMATAN MENGUKUR, MENJAHIT, MEMBEKAL DAN    

                                           MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN

Syarat Pendaftaran    :           Kod Bidang:-
                                             020801, 020802, 020804, 020899

Tarikh Buka               :           16 November 2017 (Khamis)

Tarikh Tutup             :           30 November 2017 (Khamis)

 

Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Tampin. Dokumen Sokongan Tawaran Sebutharga (hardcopy) iaitu Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang telah lengkap diisi perlu di masukkan dalam dua (2) sampul surat yang berasingan dan kedua-dua sampul surat berkenaan hendaklah di masukkan dalam satu sampul surat yang lebih besar dan catatkan Tajuk Sebutharga dan Nombor Sebutharga serta di masukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut:-

           

YANG DIPERTUA  

MAJLIS DAERAH TAMPIN

73000 TAMPIN

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 30 November 2017 (Khamis).

 

Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Majlis Daerah Tampin tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan sebutharga boleh hubungi Puan Roslinda Abdul Karim di talian 06-4414364 / 4411601