MENU

 Operasi sitaan bagi tunggakan cukai taksiran telah bermula pada 7 Jun 2022 dan masih giat dilaksanakan di sekitar Daeran Tampin. Pihak Majlis Daerah Tampin (MDTampin) telah melaksanakan operasi di beberapa kawasan seperti Taman Indah, Taman Clonlee, Taman Gunung Mas dan akan diteruskan ke atas premis/kediaman yang mempunyai tunggakan cukai taksiran. Operasi ini dijalankan oleh Unit Task Force Cukai Taksiran di ketuai Jabatan Penilaian MDTampin.

Sehubungan dengan itu, pemilik kediaman/premis diminta untuk menjelaskan segera tunggakan cukai taksiran bagi menggelakkan tindakan sitaan dikenakan ke atas aset dan premis anda.Orang awam juga boleh menyemak dan membuat bayaran cukai taksiran secara dalam talian melalui laman sesawang Pbtpay. Layari https://pbtpay.kpkt.gov.my/