MENU

Perhimpunan telah berlangsung di Dewan Perdana Tampin. Semua lapisan warga kerja telah hadir bagi mendengar amat daripada Yang Dipertua MDTampin, Puan Suhaiza Binti Sharudin. Beliau mengucapkan tahniah diatas kejayaan MDTampin memenangi Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2019 Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori bangunan kerajaan baru-baru ini. Beliau turut menyarankan supaya kerjasama dan usaha-usaha dipertingkatkan lagi agar MDTampin dapat mencapai kejayaan-kejayaan yang lain terutama didalam aspek penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan secara lebih berkesan. Turut hadir Setiausaha MDTampin En. Mohd Hafiz Bin Yusof dan barisan ketua-ketua jabatan, bahagian serta unit. MDTampin turut merakamkan tahniah kepada Tuan Hj. Othman Bin Manhart kerana berjaya mengharungi perjalanan haji pada tahun ini. Semoga beliau beroleh haji yang mabrur serta membawa sinar baru didalam menjalankan tugas sebaik mungkin. Pada perhimpunan kali ini warga MDTampin turut memperagakan baju koperat baru sebagai simbol perubahan menjadi sebuah agensi yang lebih dinamik.