MENU

Bermula 1 Januari 2026 Negeri Sembilan bakal mengadakan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS26).

Dengan ini,anda semua dipelawa untuk menyertai PERTANDINGAN MENCIPTA MASKOT.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.Selain itu,Hasil ciptaan hendaklah melambangkan 'Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026' dengan menggunakan warna bendera Negeri Sembilan (Merah,Hitam dan Kuning) dan ciri-ciri atau elemen adalah BEBAS kepada kreativiti pencipta dengan memilih mana-mana ciri.Tema yang dicipta haruslah ringkas,padat bermakna sesuai membawa mood yang positif dan bersesuaian bagi menghasilkan barangan cenderamata.

Hanya satu ciptaan rekabentuk maskot yang terbaik akan dipilih memenangi pertandingan ini yang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.00 serta sijil penyataan.Sila emailkan penyertaan dengan tajuk "PENYERTAAN PERTANDINGAN LOGO SEMPENA TMNS26"   kepada   lembagapelancongan@ns.gov.my sebelum tarikh tutup penyertaan .

 

 

Tarikh tutup adalah 31 mei 2024 sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut dianggap tidak layak.