Penyertaan terbuka adalah terbuka kepada warga negara Malaysia sahaja dan yuran bagi kategori Terbuka sebanyak RM100 manakala Beruniform dan Kerajaan RM50. Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM8,200 menjadi rebutan.

Sebanyak tiga disiplin dipertandingkan iaitu berkayak sejauh 5 kilometer (km), berbasikal 50 km dan larian 20 km. Selain acara utama acara sampingan turut diadakan antaranya aktiviti "Rock and Wall Climbing", "Fyling Fox", "PS 4 Tournament", Retro Bingit, Pertandingan Beyblade, gerai-gerai pameran serta jualan dan lain-lain lagi.

Majlis penutupan dan pe­nyampaian hadiah dijangka di­sempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Jom ramai-ramai ke Tampin.