Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDTampin, Puan Suriani Binti Salihan. Majlis dimulai dengan bacaan doa dipimpin oleh Tuan Hj. Othman Bin Manhart, Ketua Bahagian Pentadbiran, MDTampin.
Dato' Abd Razak Ab Said , Ahli Majlis MDTampin telah memimpin bacaan ikrar Rukun Negara.
Pada mesyuarat kali ini MDTampin telah mengadakan pelancaran ringkas Sistem eParking PBTPay bagi membolehkan pengguna membuat bayaran tempat letak kereta di Tampin, Gemencheh & Gemas melalui aplikasi PBTPay bermula 2 Mac 2026. MDTampin menjadi satu-satunya PBT yang menggunakan aplikasi eParking ini secara menyeluruh merangkumi modul pembayaran dan penguatkuasaan. Semoga ini menjadi pencetus awal ke arah bandar pintar suatu hari nanti.


