Mesyuarat Penuh MDTampin Bil 03/2026 telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat Zamrud Pejabat MDTampin.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDTampin, Puan Suriani Binti Salihan.
Majlis dimulai dengan bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Tuan Abdul Shukor bin Ab Aziz, Ahli Majlis MDTampin.
Bagi meningkatkan kefahaman terhadap produk biodegradasi MDTampin telah memberi kebenaran kepada Syarikat Wintech Premium Machinery bagi memberi penerangan secara terperinci berkaitan proses biodegradasi dan produk keluaran syarikat mereka yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Adalah diharapkan para peniaga terutamanya dapat menggunakan produk biodegradasi ini secara meluas demi kelestarian alam sekitar kita.
Sebanyak 2 kertas kerja turut dibentangkan bagi mendapatkan kelulusan Mesyuarat Penuh yang bersidang hari ini.


