Mesyuarat Penuh MDTampin Bil. 4/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Zamrud, Ibu Pejabat MDTampin. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDTampin, Pn. Suriani Binti Salihan.
Mesyuarat dimulai dengan bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Tuan Somy Aiappan A/L Palanisamy, Ahli Majlis MDTampin.
Diantara isu dibincangkan meliputi pengurusan kewangan, kelulusan lesen perniagaan, penyelesaian aduan awam, pembangunan infrastruktur dan hartanah Di Tampin.
Mesyuarat kali ini turut memberi ruang kepada Ziyad Property Consultant iaitu pihak yang dilantik bagi melaksanakan penilaian semula peganggan harta di kawasan MDTampin bagi memberi taklimat dan penerangan kerja-kerja yang akan dilaksanakan.