16.04.2025 | Perhimpunan telah diadakan di Dewan Perdana Tampin. Perhimpunan kali ini telah diurusetiakan oleh Jabatan Perancang, Unit OSC & Unit Undang-Undang.
Puan Suriani Binti Salihan, Yang Dipertua MDTampin telah meyampaikan ucapan dan amanat. Diantaranya ucapan terima kasih diatas usaha & kerjasama kakitangan didalam menjayakan program diperingkat negeri dan daerah dengan cemerlang hasil kerjasama erat antara satu sama lain. Selain itu beliau turut menekankan amalan kerja mengikut SOP yang telah ditetapkan supaya kerja menjadi lebih sistematik serta mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa.
Majlis turut menjemput pihak AADK Tampin bagi memberi taklimat berkaitan penyalah gunaan dadah serta isu-isu semasa berkaitan dadah untuk kesedaran semua.
Empat orang kakitangan baru iaitu En. Hanafi, En. Ridhuwan, En. Azli & Cik Nurliza turut diperkenalkan kepada hadirin. Tahniah & selamat menjalankan tugas diucapkan.