Kakitangan Majlis Daerah Tampin (MDT) turut sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyertai Perarakan dan Perbarisan Kemerdekaan dan Persembahan Koir yang berlangsung di Padang MBS, Seremban
Penyertaan ini bukan sahaja mencerminkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air, malah menjadi simbol perpaduan serta kebersamaan warga kerja dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan.
Ayuh kita terus suburkan semangat Malaysia MADANI hargai perjuangan dan pengorbanan terdahulu serta bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69
MALAYSIAKU, TANAH AIRKU!
MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI


