25 Apr 2025
23 April 2025 (Rabu) l Telah berlangsung dengan jayanya program kutipan jualan barangan kitar semula di hadapan Dewan Bandaran Tampin. Sebanyak 368kg barangan kitar semula termasuk minyak masak terpakai dan barangan ewaste telah berjaya dikutip pada hari ini. Terima kasih kepada warga Tampin yang memberi kerjasama yang baik dan sokongan yang padu atas program berkenaan. Bulan depan akan berlangsung di Dataran Kg Tengah, Gemencheh pula.Orang moncheh..see u there.