21 April 2025 (Isnin) l Pihak Pengurusan Majlis Daerah Tampin dan AWTP Enterprise telah menerima kunjungan pegawai Penilai dari Jabatan Kerajaan Tempatan ( JKT) yang diketuai oleh Puan Raihani binti Che Mamat , Ketua Penolong Pengarah Kanan J13. Turut bersama beliau adalah Puan Siti Noridah binti Ayob , Penolong Pengarah Kanan J10, Puan Norsyalifa binti Mohamad, Penolong Jurutera Awam JA5 dan Raja Mohd Rostum bin Raja Daud, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5. Penilaian merangkumi 4 aspek utama iaitu Pengurusan, Pelan Keselamatan, Program Pembersihan dan Penyenggaraan Berkala dan Kualiti Air.
Semoga penilaian ini dapat membantu pihak AWTP Enterprise menguruskan Tampin Waterpark lebih baik pada masa akan datang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.