17 April 2025 (Khamis) bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pentadbiran Daerah Tampin
Turut hadir menyerikan majlis adalah Tunku Besar Tampin, Yang Teramat Mulia Kol (K)Tunku Syed Razman ibni Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Yang Mulia Che Puan Isteri, Undang Luak Johol, Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato' Muhammed Bin Haji Abdullah, Yang Mulia Tok Puan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim.
Turut jua hadir menyerikan majlis, Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Mohd Isam bin Haji Mohd Isa, ADUN Gemencheh, YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, barisan Exco-Exco Negeri Sembilan & Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan dan Daerah Tampin.
Penganjuran Majlis ini adalah kerjasama daripada pihak agensi kerajaan & swasta dibawah Pentadbiran Daerah Tampin . Pentadbiran ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini .