MENU

 Senarai Bantuan yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk melayari web Majlis Daerah Tampin:  

  • Umum

    Carian

     

    Carian terletak di penjuru kanan atas membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki. Pada masa ini, fungsi Carian memberi tumpuan kepada maklumat di dalam Berita & Peristiwa, Artikel (di dalam Sumber), Perkhidmatan (boleh di dapati di penjuru kanan setiap muka surat)

    Kalendar
     

     

    Untuk mengetahui keseluruhan aktiviti pada bulan tersebut, pengguna boleh klik pada Lagi Aktiviti Bulan Ini yang terdapat di bahagian bawah Kalendar.
     

    Menu Utama

    Menu Utama portal MDT terdiri daripada :

     

     

    Menu Info Tampin menyediakan informasi berguna tentang Tampin  kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti maklumat kawasan, tempat-tempat menarik, pengangkutan awam serta kemudahan direktori.

    Contoh :

     

    Pengguna portal juga dapat mengetahui pelbagai perkhidmatan yang disediakan di sekitar Tampin beserta panduan alamat melalui menu Perkhidmatan . E-perkhidmatan juga disediakan oleh pihak Majlis bagi memudahkan pengguna membuat semakan cukai pintu, kompaun, permohonan lesen dan penjaja.

    Menu Sumber adalah capaian di mana pengguna dapat merujuk kepada pelbagai maklumat seperti pekeliling, jadual, kompaun, dan aspek-aspek perundangan di bawah tadbir Majlis. Pengguna juga boleh turut serta berbincang serta memberi pandangan melalui ruangan Forum yang disediakan.

    Menu Berita & Peristiwa memuatkan informasi terkini serta pengumuman yang telah dan akan berlaku di sekitar Tampin. Galeri Foto juga merupakan salah satu submenu yang terdapat dalam menu ini yang memuatkan pelbagai koleksi gambar menarik.

    Semua maklumat penting tentang Majlis Daerah Tampin dan pengurusannya dikelaskan di dalam menu Info MDT.

    Galeri Foto

    Contoh :

     

    • Kalendar memberi petunjuk kepada pengguna mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh-tarikh yang tertentu.
    • Ia juga mewakili submenu Peristiwa yang terdapat di dalam menu Berita & Peristiwa.
    • Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti/program melalui tarikh-tarikh yang telah dihitamkan.
    • Klik pada tarikh tertentu akan memaparkan aktiviti/program untuk hari tersebut.
    • Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Kategori dan Album.
    • Sebagai contoh, di dalam kategori Tempat-tempat Menarik.
    • Pengguna boleh klik pada gambar untuk mengetahui deskripsi lanjut.
    • Gambar juga boleh dimuat turun .
  • Panduan penggunaan Kod QR

    Bantuan QR Code

    Kini anda boleh melayari Portal Majlis Daerah Tampin versi mudahalih menerusi telefon pintar (Smartphone) dengan hanya melalui Kod QR MDT.

    Anda hanya perlu;
     

     

    • Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar (Smartphone) anda.
    • Kemudian imbas Kod QR di bawah dengan menggunakan kamera dari telefon pintar anda.
    • Anda akan terus dibawa ke Portal MD Tampin versi mudahalih.
       

Pantuan Asas Penggunaan Forum :

  • Tatacara Penggunaan Forum
     
    1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
       
    2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ahli forum yang lain.
       
    3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
       
    4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
       
    5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
       
    6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW', ‘TRADEMARK', ‘PATENT' dan lain-lain.
       
    7. DILARANG menggunakan FORUM ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
       
    8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus "Trojan Horses", "worms", "time bombs", "cancel boots" atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
       
    9. Pihak pengurusan FORUM di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam Forum ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam FORUM ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
       
    10. Pihak pengurusan FORUM berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
       
    11. Pihak pengurusan FORUM berhak meminda Garis Panduan Berforum ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
       
    12. Sebagai ahli Komuniti Forum atau mengeluarkan kenyataan dalam FORUM ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan Berforum.

Mobile Web :

  • Panduan Penggunaan Mobile Web

    Cara Melayari Laman Web Menggunakan Telefon Bimbit Anda.

    1. Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).
       
    2. Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
       
    3. Pilih pelayar (‘browser') yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer , Opera , Safari , Web Mobile, dll.)
       
    4. Layari laman web menggunakan ‘browser' dengan menaip http://www.mdtampin.gov.my/web/guest/mobile-web dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).

     

    Rajah 1 – Contoh paparan smart phone biasa

Rangkaian Sosial:

  • Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial
     
    1. Sebagai pengguna Rangkaian Sosial ini, anda termaktub dengan terma dan syarat pada tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini.
       
    2. Rangkaian Sosial yang disediakan oleh Majlis Daerah Tampin ini ialah Facebook.
       
    3. Majlis Daerah Tampin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam Rangkaian Sosial ini.
       
    4. Sebarang pandangan yang dikemukakan di dalam Rangkaian Sosial ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan Majlis.
       
    5. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
       
    6. Anda dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ahli Rangkaian Sosial yang lain.
       
    7. Anda tidak digalakkan menghantar ayat atau kandungan yang terkeluar dari topik utama.
       
    8. Pautan dan kenyataan yang berunsurkan LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
       
    9. Digalakkan supaya anda mengakui akan apa-apa kesilapan penggunaan ayat, bahasa atau kandungan dan membetulkannya dengan segera.
       
    10. Pastikan kenyataan atau muat naik dokumen anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
       
    11. Anda tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
       
    12. Dokumen yang telah dimuat turun tidak boleh digunakan untuk tujuan yang salah di segi undang-undang.
       
    13. Pihak pengurusan Majlis Daerah Tampin di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan yang di buat di dalam Rangkaian Sosial ini. Anda sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam rangkaian sosial ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
       
    14. Pihak Pengurusan Majlis Daerah Tampin berhak meminda Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.

Feedback Management System

Bagi pertanyaan am, anda juga boleh merujuk kepada soalan lazim, untuk mendapatkan jawapan segera.

Masih memerlukan bantuan?

Sila hantarkan isu atau pertanyaan anda menggunakan borang maklumbalas yang disediakan atau hubungi staf yang berkenaan di laman Hubungi Kami, Pihak kami akan mengemukakan jawapan dalam tempoh tidak lebih dari tiga(3) hari bekerja.