MENU

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 untuk tempoh berkuatkuasa 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020, Majlis Daerah Tampin dengan bantuan agensi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Polis, RELA dan NGO akan menjalankan operasi sanitasi awam di kawasan tumpuan bagi mencegah penularan COVID -19 di Daerah Tampin.

Selaras dengan arahan tersebut, premis-premis yang terlibat adalah di arahkan TUTUP SEMENTARA dan menyimpan segala kelengkapan dan barang-barang perniagaan bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Tuan-tuan dan Puan-puan dikehendaki berada di dalam rumah, menutup semua tingkap dan pastikan kenderaan anda tidak menghalang perjalanan operasi yang akan bermula pada jam 3.00 petang pada 10 hingga 16 April 2020 bagi kawasan-kawasan yang terlibat seperti di dibawah. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat dihargai. Bersama kita putuskan rantaian Covid-19.

Senarai Lokasi Sanitasi Awam Covid-19 Daerah Tampin :

>10 April 2020 (3.00 petang hingga 5.30 petang) : Pasar Awam Tampin
>11 April 2020 (3.00 petang hingga 5.30 petang) : Pejabat Pos Tampin
>13April 2020 (9.00 pagi hingga 12.00 tengahari) : Taman Clonlee (Surau)
>14April 2020 (9.00 pagi hingga 12.00 tengahari) : Ibupejabat Polis Daerah Tampin
>15April 2020 (9.00 pagi hingga 12.00 tengahari) : Cawangan Trafik Kg. Baru
>16April 2020 (9.00 pagi hingga 12.00 tengahari) : Perumahan Polis Daerah Tampin

Arahan
Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin
9 April 2020