MENU

Dimaklumkan bahawa aktiviti jualan di Pasar Malam dan Pasar Pagi akan beroperasi sepenuhnya pada 23 Jun 2020. Simulasi Pasar Malam Gemas akan dibuka untuk beroperasi pada hari ini (16 Jun 2020) jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam dengan SOP seperti berikut :

  • Jumlah pelesen dan pembantu disetiap gerai adalah terhad kepada tiga(3) orang sahaja ( Seorang pelesen dan dua(2) pembantu warganegara Malaysia)
  • Sebelum membuka perniagaan, peniaga dikehendaki menghubungi Peg Penguatkuasa MDT ( Caw. Gemas) berikutan terdapat perubahan kedudukan tapak bagi mematuhi SOP penjarakan sosial.
  • Bilangan petak terhad seorang peniaga hanya satu petak dibenarkan.Peniaga dinasihatkan untuk hadir awal

Pengunjung dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan jarak sosial 1meter dan pemakaian penutup mulut dan hidung (face mask) .