MENU

KAJI SELIDIK CADANGAN PINDAAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 [AKTA 171] BERKAITAN PENGUATKUASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Assalamu 'alaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menjalankan kaji selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi orang ramai terhadap cadangan pindaan Akta 171 berhubung:

(i) penyelarasan semula kadar denda yang melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta 171 agar mampu mencegah pelanggaran undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); 

(ii) menambah baik dan mengemas kini proses penguatkuasaan PBT; serta

(iii) menyusun semula seksyen-seksyen berkaitan penguatkuasaan PBT ke dalam satu Bahagian khas dalam Akta 171 agar mudah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan adalah dijemput untuk memberi maklum balas dengan menjawab soalan-soalan dalam borang kaji selidik pada pautan berikut:

http://upc.mpc.gov.my/csp/sys/bi/work/upc/shareThumbnail/JKT226.csp?$NAMESPACE=UPC&redirPage=regulation&redRegId=226&redId=2®️Id=226
 
( Nota: Tekan butang "Survey" berwarna biru pada pautan di atas untuk mengisi borang kaji selidik ).

Tuan/Puan juga boleh memanjangkan mesej mengenai kaji selidik ini kepada orang ramai di kawasan PBT di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.