MENU
Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan berlangsung didalam suasana harmoni dan meriah. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Sembilan.
Sebanyak 81 kontinjen merangkumi 5,000 peserta telah menyertai perbarisan sempena majlis tersebut yang diadakan di padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Majlis pada hari ini mendapat sambutan meriah daripada rakyat Negeri Sembilan dengan seramai 10,000 orang dianggarkan hadir.
Majlis Daerah Tampin (MDTampin) turut menyertai acara perbarisan yang dianggotai 35 orang pegawai dan kakitangan diketuai oleh En. Zulhilmi Bin Marzuki, Setiausaha MDTampin.