MENU

Port Dickson, 31 Oktober 2022 (Isnin) - Menjunjung kasih atas sudi perkenan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud mencemar duli ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Sembilan.

Majlis rumah terbuka yang diadakan di Gelanggang Petanque, Batu 1, Port Dickson pada 31 Oktober 2022 iniĀ mendapat sambutan meriah dari segenap lapisan masyarakat. Menteri Besar Negeri Sembilan mewakili Kerajaan Negeri SembilanĀ mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka ini.

Beliau juga berharap agar rumah terbuka ini berjaya menyemai semangat hormat- menghormati antara budaya di samping memeriahkan sambutan Hari Deepavali.

Sumber : Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan SUKNS