MENU
Majlis Daerah Tampin (MDTampin)  bersama-sama pelbagai agensi lain di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan telah menyumbang kepada Tabung Bencana Banjir bagi membantu mangasa-mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur yang terjejas dengan musibah tersebut. Kutipan sumbangan daripada orang ramai telah dimulakan mulai 3 hingga 5 januari 2023 yang lalu. Sejumlah barangan dan wang tunai telah diterima. Kesemua sumbangan ini akan dikumpulkan di Pejabat SUK Seremban sebelum  bergerak menuju destinasi didalam masa terdekat. MDTampin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak  yang telah menyumbang ke tabung ini.