MENU

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin (MDTampin) Bil. 10/2023 telah bersidang hari ini di Bilik Mesyuarat Zamrud, Pejabat MDTampin. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hermansyah Bin Edizar, Ahli Majlis MDTampin dan dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Majlis yang hadir. Ia berikutan keuzuran Tuan Yang Dipertua MDTampin untuk hadir bagi sidang kali ini.

Sebelum mesyuarat bermula, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan(JPP) telah dijemput bagi melaporkan status projek pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembentungan di kawasan tadahan Tampin Tengah, Negeri Sembilan. Alhamdulillah sehingga hari ini didapati projek ini berjalan lancar.
 
MDTampin turut mengadakan majlis penghargaan secara ringkas diatas perkhidmatan Ahli-Ahli Majlis sesi kali ini di Lomak Salai, Tampin. En. Zulhilmi Bin Marzuki mewakili MDTampin merakamkan ucapan terima kasih diatas kerjasama baik dan komitmen tinggi yang ditunjukan oleh semua Ahli Majlis. Semoga tuan / puan semua terus maju jaya dimasa hadapan.