MENU

Pembekal-pembekal yang mempunyai kerja semasa di Majlis Daerah Tampin dan  mendapat kerja di Pejabat Daerah Tampin, Pejabat Daerah Kecil Gemas, Jabatan Kerja Raya Tampin Serta Jabatan Pengairan Dan Saliran Tampin TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Borang Sebutharga akan diberi percuma. Borang ini boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Tampin (Tingkat 1) pada waktu pejabat. Wakil syarikat hendaklah membawa surat wakil sah beserta SIJIL ASAL dokumen seperti disyaratkan iaitu Perakuan Pendaftaran Syarikat (Sijil SSM) serta Sijil Pendaftaran di Kementerian Kewangan Malaysia  (KKM) . Pembekal dinasihatkan agar mengamalkan tatacara Penjarakan Sosial (Social Distancing)  semasa berurusan di kaunter MDT dan sebarang pelanggaran arahan pihak tuan akan diambil tindakan.Setiap kesilapan pada Borang Sebutharga hendaklah ditandatangan balas, tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair (liquid paper). Sebutharga ini sah laku dalam tempoh 90 hari dari tarikh mengemukakan Sebutharga. Walaubagaimanapun Kerajaan berhak untuk melanjutkan tempoh sah laku Sebutharga berkenaan ke tempoh yang lebih sesuai apabila dikeluarkan.

Borang Sebutharga yang telah diisi dan dilengkapkan serta berlakri hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga mengikut nombor Sebutharga yang tertera di bahagian hadapan Peti Sebutharga (Peti Tawaran) di Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Tampin. Nombor Sebutharga dan Nama Syarikat hendaklah ditulis sebelah kiri bahagian atas muka depan sampul surat. Borang Sebutharga hendaklah dihantar tidak lewat pada jam dan tarikh yang telah ditetapkan seperti di bawah.

Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang, Sub Bidang dan Pecahan Sub Bidang (Bekalan dan Perkhidmatan) dan masih dibenarkan untuk membuat Pembekalan Sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai Sebutharga ini.

Untuk maklumat lanjut sila ke pautan ini