MENU
Tuan Mohd Fadhil Bin Hassan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin(MDTampin menyantuni peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Tampin. Turut bersama-sama beliau Ketua-Ketua Jabatan MDTampin bagi melihat sendiri aktivit yang berlaku di tapak bazar ramadan ini. Beliau turut meninjau tahap kebersihan didalam penyediaan makanan oleh peniaga dan juga persekitaran bazar ini. Selain itu, beliau menasihati peniaga supaya menitik beratkan aspek kebersihan kerana ia juga adalah sebahagian daripada ibadah. Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada para peniaga sebagai tanda terima kasih kerana menyertai Bazar Ramadan Tampin pada tahun ini serta mengharapkan semua peniaga menyediakan makanan yang berkualiti kepada para pengunjung yang hadir ke bazar ini.