MENU

Negeri Sembilan bakal mengadakan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS26) bermula 1 Januari 2026.

Dengan ini,anda semua dipelawa untuk menyertai PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.Selain itu,Hasil ciptaan hendaklah melambangkan "Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026" dan anda perlu menggunakan warna bendera Negeri Sembilan (Merah,Hitam dan kuning) dan ciri-ciri atau elemen adalah BEBAS kepada kreativiti pencipta dengan memilih mana-mana ciri produk pelancongan di Negeri Sembilan dan perlu membawa mood yang positif.Hasil ciptaan hendaklah berformat .JPG dan .AI atau PSD.

Hanya satu ciptaan LOGO yang terbaik akan dipilih memenangi pertandingan ini yang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 3,000.00 serta sijil penyataan.Sila emailkan penyertaan dengan tajuk "PENYERTAAN PERTANDINGAN LOGO SEMPENA TMNS26" kepada lembagapelancongan@ns.gov.my sebelum tarikh tutup penyertaan .

Tarikh tutup adalah 31 mei 2024 sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut dianggap tidak layak.

 

Sumber laman web : https://www.facebook.com/n9tourism