MENU

Sesi Penyerahan Plak Penghargaan kepada 16 Rakan Strategik Pelancongan Daerah Tampin (RSPDT) telah disempurnakan oleh Puan Suriani Binti Salihan, Yang Dipertua, Majlis Daerah Tampin sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen berterusan mereka dalam bersama-sama memajukan industri pelancongan di Daerah Tampin.

Turut hadir sama Ahli Majlis (Ahli Jawatankuasa RSPDT) yang telah dilantik, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama dan komitmen padu dalam menjayakan agenda pelancongan daerah.