Majlis Daerah Tampin telah melaksanakan program Semarak Ramadan Sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026: Bubur Lambuk @Gomeh yang berlangsung di Galeri Stesen Kereta Api Gemas.
Sebanyak dua periuk 1000 bekas bubur lambuk telah disediakan secara gotong-royong oleh warga Majlis Daerah Tampin juga bersama pihak Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta ketua/wakil jabatan sekitar Gemas sebelum diagihkan bersama 1000 paket gula2 Himalaya kepada jabatan-jabatan di sekitar Gemas, stesen kereta api Gemas dan juga kepada orang awam di hadapan KFC Gemas sebagai simbolik perkongsian rezeki dan kemeriahan Ramadan.
Turut hadir dalam program ialah Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas, agensi pelancongan, serta Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Tampin.
Selain itu, turut diadakan simbolik perasmian “Fun Map Pesona Tampin” sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 oleh Puan Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi yang hadir.
Puan Yang Dipertua juga telah menyempurnakan penyerahan roll-up bunting “Jom Teghojah Nismilan” kepada wakil KTMB untuk dipamerkan di Stesen Kereta Api Gemas sebagai usaha mempromosikan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program ini, khususnya kepada Himalaya Sports, Penyelaras Dun Gemas, Jati Frozen, YBhg. Dato’ Abdul Razak bin Said serta Individu perseorangan. Sesungguhnya sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan program ini.”
Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim antara warga kerja MDT dan masyarakat setempat, di samping menyemarakkan lagi sambutan Ramadan serta mempromosikan daerah Tampin sebagai destinasi pelancongan.


