Majlis Penyerahan Sijil Layak Menduduki (CFO) Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Isam Bin Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin bertempat di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas bersama pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dan wakil penduduk taman.
Projek perumahan Taman Pinggiran Felda, Gemas yang melibatkan sebanyak 307 unit rumah teres dan 7 unit rumah kedai telah diluluskan pada 2004. Namun begitu pemaju gagal untuk menyiapkan pemajuan sepenuhnya.
Peruntukan pemulihan melalui inisiatif belanjawan 2023 telah diluluskan pada tahun 2023 dengah nilai RM1.7 Juta bagi menyelesaikan masalah pengeluaran sijil CFO dan isu banjir di taman ini. Hasil kerjasama Jabatan Perumahan Negara, Majlis Daerah Tampin dan agensi-agensi kerajaan yang lain, Sijil Layak Menduduki (CFO) berjaya dikeluarkan pada 14 November 2025.


