30 Jun 2026
Mesyuarat Penuh MDTampin Bil. 06/2026 telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat Zamrud, Pejabat MDTampin.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Suriani Binti Salihan, Yang Dipertua MDTampin. Bacaan Ikrar Rukun Negara telah dipimpin oleh Puan Yamuna a/p Suppiah, Ahli Majlis MDTampin sebelum mesyuarat bersidang.
Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini merangkumi hal ehwal belanjawan 2027, perlesenan perniagaan dan pengurusan organisasi.
Prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan MDTampin turut dibentangkan dan statistik menunjukan arah yang seimbang sehingga Mei 2026


