29 Jun 2026
Majlis Pengiktirafan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 29 Jun 2026.
Majlis Daerah Tampin berbangga menjadi salah satu jabatan dari Negeri Sembilan yang terpilih menerima penganugerahan ini sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkesan.
Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.


