26 Jul 2026
Program Himalaya Sports Tampin Trans Naning Ultra (HSTTNU) 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bermula pada 24 hingga 26 Julai 2026, bertempat di Tampin Water Park dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan pelari tempatan dan antarabangsa.
Acara ini melibatkan lima (5) kategori utama iaitu:
Challenger (102km)
Ultra (68km)
Classic (34km)
YDP Challenge (21km)
Forest9 Mountain (8km)
Seramai 622 orang peserta telah mengambil bahagian, termasuk 33 peserta antarabangsa dari negara seperti Singapura, Filipina, China, Perancis, Great Britain, Thailand, Indonesia dan Jerman.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT). Turut hadir ialah En. Muhammad Mazlan bin Kamaruddi, Pengurus Acara Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Puan Umikalsum binti Nan, Pegawai Perhutanan Daerah Negeri Sembilan Barat, Datuk Kenny Low, Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd. serta ketua-ketua jabatan daerah dan para jemputan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang berjaya menamatkan cabaran
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua agensi, rakan strategik dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini dengan cemerlang.


