KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2026
"SINERGI MADANI. PBT LESTARI. PERSEKITARAN HARMONI"
Konvensyen kali ini telah berlangsung di Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang dari 12-13 September 2026.
Perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow.
Pada konvensyen kali ini Majlis Daerah Tampin (MDTampin) telah berjaya memperolehi penarafan 4 Bintang bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan 2026. Selain itu MDTampin turut mendapat Naib Johan bagi Anugersh PBT Terbaik Pembayaran Tanpa Tunai bagi kategori PBT Daerah.
Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan MDTampin diatas kejayaan ini. Tidak dilupakan kepada para pelangan MDTampin yang menggunakan kemudahan dalam talian seperti pembayaran cukai taksiran, sewaan premis, kompaun, tempahan fasiliti, parking dan bayaran pelbagai. MDTampin akan terus mengorak langkah selari dengan hasrat dan cita-cita menjadi sebuah bandar pintar dimasa hadapan.
Tanpa tunai lebih mudah dihujung jari anda.


